Sy Sulaiman Ariffin (Sysalq) atau Syed Sulaiman bin Syed Ariffin al-Qudsi

Dunia pada ketika ini bercakap tentang pembestarian dan kecekapan sistem penyampaian organisasi pendidikan terutamanya sekolah. Tahun 2010 adalah tahun kritikal untuk Malaysia mempastikan seluruh sekolah di negara ini telah berjaya “membestarikan diri”.

Kepimpinan sekolah dituntut agar memastikan bahawa penguasaan teknologi ICT diberi keutamaan.  Setelah sekian lama pihak sekolah diperkenalkan dengan subjek yang memerlukan ketrampilan guru di dalam bidang ICT kerana  kerajaan mengharapkan agar mekanisma tersebut akan memacu status sekolah-sekolah Malaysia ke arah pembestarian di dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran. Pendidikan di Malaysia dimaksudkan agar setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju sehingga boleh dipasarkan ke dunia luar.

Penekanan kepada kecanggihan sistem pengurusan juga menuntut agar pihak organisasi pendidikan terutamanya sekolah beralih dari kaedah manual dan tradisional di dalam sistem penyampaian kepada versi moden yang sebati dengan perkembangan ICT. Terdapat sektor yang cuba memperkenal pelbagai kaedah baru di dalam sistem penyampaian.

Bagi menjawab seruan ini maka suatu sistem canggih yang pertama kali di perkenalkan di sekolah-sekolah Malaysia dapat diutarakan oleh penciptanya iaitu Syed Sulaiman bin Ariffin.  Sebagai pemegang Ijazah Pengurusan Pendidikan (UPSI), Diploma Pengurusan Pendidikan (IAB), Sijil NPQH (IAB), Diploma Sains dengan Pendidikan (Fizik) dan Guru Besar yang sedikit sebanyak menguasai ilmu ICT,  beliau merasa terpanggil untuk mencetuskan sistem ini bermula semasa beliau bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru (2001-2004). Beliau menamakan sistem ini sebagai Sistem Pengesanan Dokumen© (SPD©) sesuai dengan fungsi utama sistem ini.  Terkini versi terbaru iaitu Sistem Pengesanan Dokumen© Ver 1.2S  telah dicetuskan dengan kebolehan beroperasi melalui Jaringan Rangkaian Setempat (LAN).

Terbaru pada tahun 2009, Sysalq telah mendapat latihan rasmi oleh Multimedia Development Corporation (MdeC)  iaitu sebuah agensi di bawah Multimedia Super Corridor (MSC) di dalam bidang teknoprenuer. Latihan dan sokongan dari agensi ini memberi dorongan yang mantap bagi beliau untuk lebih bergiat di dalam bidang rekacipta berkaitan dengan perisian komputer terutamanya Sistem dan Pangkalan Data

Sysalq 4 dari kiri bersama rakan TAP dan En Rozlan dari MdeC

 

Advertisements